iPhone SE 2020 setanding peranti kelas mercu

114 Просмотры
Издатель
Peranti ‘pembunuh’ kelas pertengahan.

Gelaran itu boleh diberikan kepada peranti baharu keluaran Apple iaitu iPhone SE 2020.

Peranti ini boleh diklasifikasikan sebagai kelas pertengahan namun keupayaannya boleh menyamai peranti kelas mercu untuk produk keluaran syarikat lain dan ia sudah pasti satu kelebihan untuk Apple.



Menyentuh aspek spesifikasi, peranti berkenaan menggunakan pemproses Apple Bionic A13 iaitu pemproses sama dengan siri iPhone 11 dan ia dilengkapi skrin berkeluasan 4.7 inci dengan padanan panel paparan teknologi LCD Retina.

Bagi tetapan kamera pula, Apple menaik taraf sistem lensa dengan kamera utama keupayaan 12 Megapiksel (MP) dan lensa depan 7 Megapiksel.

Peranti ini turut mengekalkan penggunaan 'butang kembali' Home Button dengan pengimbas cap jari Touch ID sekali gus mengekalkan tahap keselamatan peranti.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like http://www.facebook.com/harianmetro
Please follow http://www.twitter.com/hmetromy
And also our http://www.instagram.com/hmetromy
Категория
iphone
Комментарии выключены