#AMANZ24 - Kotak Mi 11 Senipis iPhone 12, Samsung Tidak Mencapai Pengeluaran 300 Juta Unit Peranti

112 Просмотры
Издатель
Xiaomi dilaporkan tidak akan menyertakan pengecas secara terbina di dalam kotak Mi 11. Ia disahkan oleh CEO Xiaomi iaitu Lei Jun yang mengatakan jenama ini akan hadir dengan rekaan kotak yang baru yang mana lebih nipis dan ringan.

Bukan itu sahaja, Xiaomi turut mengumumkan kerjasama dengan Harman Kardon. Melaluinya, jenama ini dijangka akan menawarkan audio kualiti yang lebih baik pada peranti mercu.

Samsung pula pada tahun ini dilihat tidak mampu mencapai pengeluaran 300 juta telefon pintar. Unjuran menunjukkan mereka akan hanya mampu mengeluarkan 270 juta telefon pintar untuk tahun 2020.

Selain itu, Counterpoint Research berkongsi data berkaitan cip pemprosesan. Berdasarkan data yang dikongsikan MediaTek telah memegang pasaran sebanyak 31% pada suku ketiga 2020 lepas, sementara Qualcomm pula memegang pasaran sekitar 29%.

Akhir sekali, pihak Maybank mengingatkan kepada pengguna supaya berhati-hati dengan pautan pada SMS. Ia merupakan sebuah SMS berbentuk phishing dengan matlamat untuk mencuri data pengguna.
Категория
iphone AppStore iPhone 12
Комментарии выключены