Tema: JANGAN PUTUS ASA MENGIKUT YESUS
Teks: Matius 13: 31-33, 44-52
Pendahuluan
Tema khutbah minggu ini adalah Jangan putus asa mengikut Yesus. Teks khutbah kita adalah Mat 13:31-33, 44-52 yang dibacakan sebentar tadi.
Dalam petikan ini Yesus menggunakan 5 gambar iaitu biji sesawi, ragi, batu berharga, mutiara dan pukat untuk mengajarkan potensi dan kehebatan kerajaan Allah. Yesus mengajar sedemikian ini kerana:
1. Kumpulan murid-murid Yesus bermula kecil dan kerdil
2. Pengikutnya bukan dari kelas atasan atau berpengaruh dalam masyarakat
3. Justeru, mereka tidak disambut serta merta dengan sorakan dunia seluruhnya
3 Faktor ini membuat pengikut Yesus merasa tawar hati dan tidak yakin. Dunia memang begitu sampai hari ini. Dunia menolak dan menghina Injil, malah menjadikan gereja itu satu bahan ejekan, bahkan gereja dijadikan mangsa apabila masalah dunia timbul.
Tujuan Yesus adalah mendorong pendengar dan pengikut-Nya, kita juga pada zaman kita, supaya tidak tawar hati, tersinggung dan murtad kerana permulaan pelayanan yang kecil dan hina.
Pada hari ini fahaman Kristian dianuti hampir 30% penduduk dunia, penganut agama terbesar dunia sebenarnya, dan semakin berkembang. Puji Tuhan.
Tetapi oleh kerana cabaran berat datang bertubi-tubi, maka iman kita goyang. Kita mau meninggalkan pelayanan. Kita mau meninggalkan Yesus. Kita putus asa, tidak peduli lagi.
Yesus tau hal kerumitan dan pergumulan kita. Tetapi Potensi, Kemenangan, Kebaikan dan Kehebatan kerajaan Allah terlalulah besar dari segalanya untuk diabaikan. Dan anda berada dan melayani di dalamnya.
Maka, Firman Tuhan hari ini mendorong supaya tidak berasa tawar hati kerana kita ada Allah yang lebih besar dari segala pergumulan kita.
Tetapi marilah kita lihat dahulu perumpamaan Yesus ini. Kita akan lihat perumpamaan ini dalam 3 kategori:
Ikut selanjutnya khutbah oleh Archdeakon Lidis Singkung
Dibawakan oleh:
Multimedia Ministry Network
https://www.multimediaministry.net

Комментарии выключены