.


Cara Membezakan Berus Bulu Babi dan Berus Lain

Bagaimana untuk kita ketahui yang berus dipakai adalah dari bulu babi atau tidak?Untuk menentukan sama ada berus yang anda gunakan berasal dari bulu / rambut babi,kita boleh mencuba satu cara yang sangat mudah

Pembakaran Berus

Rambut atau bulu adalah protein yang dipanggil keratin. Keratin adalah salah satu daripada sekumpulan protein yang dikenali sebagai gentian protein.Gentian Protein mempunyai struktur panjang. Setiap haiwan mempunyai protein keratin dalam dermis (permukaan) pada kulit, kuku, paruh, sirip ikan, dan tanduk haiwan. Dalam kes protein, rambut / bulu yang mengandungi keratin apabila dibakar akan menghasilkan satu bau khas. Bau yang sama seperti apabila kita bau daging panggang.
Jika berus yang diperbuat daripada gentian sawit atau serat apabila dibakar akan segera terbakar, dan tidak mengeluarkan bau yang khusus selain daripada bau pembakaran.

Memiliki Cabang Tiga
Babi adalah satu-satunya haiwan yang bulunya memiliki cabang tiga pada hujungya. Jika anda melihat berus anda memiliki cabang tiga pada hujungnya,lebih baik anda cuba elakkan.
Berus Bristle
Selain ciri-ciri yang dinyatakan, berus yang diperbuat daripada bulu / rambut masih babi mempunyai perbezaan dalam warna. Berus yang diperbuat daripada bulu / rambut babi biasanya putih dan lembut.Harganya pula adalah lebih tinggi daripada berus jenis lain yang memiliki ciri sama. Berus putih dari bulu babi ini dipasaran biasanya disebut berus Bristle.Kita seharusnya berhati-hati dalam membeli membeli berus . Elakkan membeli berus yang tertulis Bristle. Mungkin berus yang anda beli akan anda gunakan untuk mengecat rumah dan sebagainya. Dah tentu anda tak mahu rumah anda dilumur dengan najis.

Комментарии